lightning-solid
Berita :
JPKK Alor Keladi Serah Sumbangan Kepada Penduduk Terkesan PKP 2.0
JPKK Alor Keladi Serah Sumbangan Kepada Penduduk Terkesan PKP 2.0
Norekwan Mamat
02 Feb 21
284

BESUT, 2 Februari - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Alor Keladi disini, mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan.

Pengerusi JPKK Alor Keladi, Saidi Ahmad Mustafa berkata, setakat ini sebanyak 34 keluarga telah menerima bantuan berupa keperluan asas dan akan diteruskan lagi secara berperingkat.

"Sumbangan ini diberikan kepada mereka yang betul- betul memerlukan kerana pendapatan yang diperolehi tidak menentu akibat terkesan PKP 2.0 yang dikuatkuasakan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

"Pihak JPKK juga akan terus berusaha untuk membantu penduduk kampung yang belum lagi menerima bantuan tanpa mengira latar belakang politik," ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan di sekitar Kampung Alor Keladi, petang kemarin.

Katanya, penduduk kampung diharap terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan banyakkan berdoa kepada Allah agar wabak ini segera berakhir.


Artikel Berkaitan