• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

JPNIN Terengganu Agih 3,254 PPE

KUALA TERENGGANU, 27 Oktober - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu mengambil Inisiatif menjahit dan mengagihkan 3,254 Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.

​​Pengarah jabatan itu, Burhanuddin Daud berkata, PPE berkenaan disediakan melalui dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan 28 sukarelawan jiran wanita di dua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menjahit 3,000 PPE.

Katanya, KRT terbabit adalah Kampung Besol dan Taman Madani AMBS, Dungun.

"Manakala fasa kedua  melibatkan KRT Che Lihah dan Gong Pasir yang bersedia menjahit  254 PPE secara sukarela dalam tempoh terdekat.

"Semua peralatan PPE itu sudah dan akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk  diagihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan PPE dan Poster Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Hotel Sumai, di sini semalam.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

Kata Burhanuddin, JPNIN terhutang budi dengan semangat sukarelawan KRT yang sanggup membantu menjahit PPE tanpa sebarang upah.

"Sikap seumpama itu, sewajarnya dijadikan contoh, walaupun kebanyakan mereka  adalah suri rumah,  sanggup meluang masa melakukan kerja-kerja amal," katanya.

 


Tag: