• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

JPNT Usaha Semarak Seni Gamelan

KUALA TERENGGANU, 30 Januari- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) berusaha menyemarakkan seni muzik gamelan yang semakin dilupakan generasi kini.

Pengarahnya, Fadli Yusof Zakaria berkata, bagi mengembalikan nostalgia gamelan, JPNT melalui Kampung Budaya Terengganu (KBT) mengambil inisiatif menganjurkan Program Bicarawara KBT 2.0 - Gamelan Melayu bersama Pakar Rujuk Gamelan, Sulong Ismail di Istana Tengku Long, KBT, semalam.

Katanya, program seumpama itu sewajarnya diperbanyakkan kerana bukan sahaja dapat  memenuhi aktiviti KBT malah mampu memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pelapis, pelajar sekolah dan peminat seni  muzik gamelan tentang kesahihan seni itu.

“Program dan ilmu tentang gamelan sukar diperoleh ditempat lain, jika ada pun dibimbangi dicampur aduk dengan perkara lain.

“Justeru, kita akan menambah baik setiap sudut rumah-rumah lama di KBT, sebagai contoh meletakkan info dan maklumat berkaitan gamelan di Istana Tengku Long. Pendekatan itu adalah penting untuk tatapan dan rujukan pelapis seni gamelan yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut.

Turut hadir, Pengurus Besar KBT, Ahmad Fathil Abd Ghani.

Pada program itu, seramai 35 orang guru dan pelajar sekolah, IPTA, penggiat pelancongan, peminat dan pengamal muzik gamelan telah diberi penerangan berkaitan asal


Tag: