• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Jual Keropok Tambah Pendapatan Sampingan



Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 5 Februari- Anak jati Bukit Besi, Mohd Faizu Othman yang kini bekerja disalah sebuah hospital di Kuala Lumpur nekad menambah pendapatan  sampingan dengan menjual keropok.

Berkongsi kisah bagaimana boleh terbabit dengan perniagaan berkenaan, Faizu berkata, disebabkan kos sara hidup yang tinggi di Ibu Kota terbabit membuatkannya terbuka hati menerima tawaran kakaknya untuk menjadi agen.

Katanya, dengan menggunakan tagline ‘ krup krup krup’ dan mempromosikan perniagaan melalui media sosial keropok yang dijual mendapat sambutan yang cukup baik.

“Dimana setiap kali hantar keropok secara terus ke depan pintu dengan mendapat idea dari ‘Food Grab’ dapat sambutan yang bermula dari kalangan rakan-rakan sekerja.

“Dari situ mula meletup, serta turut dijual di tapak-tapak program, memang jualannya memberansangkan,” ujar anak kelahiran Felda Jerangau itu.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media semalam.

Diantara sebab memilih perniagaan keropok katanya kerana ianya telah sinonim dengan negeri kelahirannya sendiri.

Tag: