• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kakitangan MDI Terima Sumbangan Barangan Dapur

MARANG, 7 Februari – Persatuan Kebajikan Bukit Payong (PEKA) mengagihkan 100 barangan keperluan dapur kepada guru dan kakitangan Madrasah Darul Iman (MDI), Bukit Payong.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Bukit Payong (PEKA), Asri Abdul Aziz berkata, pihaknya berasa terpanggil untuk mengagih bantuan itu kerana memahami golongan itu turut terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

“Ini kerana pendapatan bulanan  guru dan kakitangan MDI bergantung kepada yuran bulanan pelajar, jika tidak bersekolah, pastinya pendapatan mereka terjejas,”katanya.

"Kami sangat berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban." Katanya.


Pengetua MDI, Mazlan Ibrahim juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak PEKA yang telah membantu semua staf dan kakitangan madrasah.

"Ucapan terima kasih kepada pihak PEKA yang telah bersusah payah membantu semua guru-gu dan staf disini. Semoga dengan usaha ini, PEKA terus diberikan kesenangan dan kemudahan oleh Allah s.w.t." katanya.

PEKA yang juga sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertempat bersebelahan dangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong ll, Kampung Titian Baru, Kedai Buloh telah dinaungi oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.

 

 

 


Tag: