• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kalang Warisan, Lokasi Pelancongan Berasaskan Komuniti Terbaharu Terengganu

 

Oleh : Suhaimi Taib

MARANG,  30 Ogos - Kalang Warisan Kampung Pulau Manis,  Serada di sini menjadi contoh Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) terbaharu di Terengganu yang diwujudkan dengan kerjasama penduduk setempat. 
 
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, destinasi itu pernah dikunjungi sehingga 1,000 orang sehari. 
 
Menurut beliau terdapat sejarah warisan berhampiran pengkalan kampung yang diwujudkan selepas pandemik COVID-19, ketika pelancong domestik mencari alternatif destinasi pelancongan dalam negeri. 
 
Warisan sejarah itu ialah Makam Tok Ku Pulau Manis atau nama sebenar Sharif Abdul Malik Sharif Abdullah seorang ulama dan dianggap wali meninggal dunia, tahun 1736.
 
"Dengan sejarah dan apa yang di sini,  saya yakin tempat ini lebih maju di masa akan datang," katanya ketika bercakap kepada media di Majlis Semarak Merdeka 63 di destinasi pelancongan itu di sini baru-baru ini.
 

Turut hadir Penolong Setiausaha Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Raja Faisal Raja Haron.
 
Katanya,  kerajaan Terengganu sedang memajukan beberapa tempat lain termasuk Dataran Batu Putih dan Dataran Banggol Cempedak.
 
"Kedatangan penyunjung di Dataran Batu Putih, semakin hari semakin ramai.
 
"Di Banggol Cempedak pun semakin ramai pwngunjung dan semua projek ini ada kait mengait antara satu sama lain," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Alur Limbat. 
 
Beliau berkata,  kerajaan akan mewujudkan jejak (trail) dari Kuala Terengganu dan pelancong boleh membuat pilihan ke mana destinasi yang hendak dituju. 

 

 

Tag: