• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Jatuh Flat

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Seorang kanak-kanak lelaki maut, disyaki jatuh daripada tingkap 15 di Flat Ladang Gemilang sekitar pukul 4, petang tadi. 

Mangsa bernama Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, berusia 6 tahun yang juga pelajar pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Ladang, dipercayai terjunam melalui tingkap ruang tamu ketika ibunya, Nurul Amelia Ali, 34, keluar ke kedai berdekatan.

Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik, dipercayai tidur bersendirian sebelum kejadian.

Amelia mengetahui insiden itu daripada suaminya Mohd Azizul Mohamad, 35, yang menerima panggilan tentang berita buruk tersebut daripada tuan rumah mereka pada pukul 4.20 petang.

Ibunya berkata, mangsa sempat bersalam dengannya sebelum tragedi tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Zahirah untuk tindakan selanjutnya dan dijangka dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Batu Buruk.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Assisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Tag: