• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Kaunter Bergerak TH Mudahkan Menabung

Oleh : Azizah Mahmood .

KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Program pembukaan kaunter bergerak Lembaga Tabung Haji (TH) membantu memudahkan orang ramai menabung untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMiTS) DUN Wakaf Mempelam, Radzali Abd Ghani  berkata, satu program kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Wakaf Mempelam bersama TH semata mata untuk memberi laluan pada penduduk sekitar DUN itu berurusan dengan institusi kewangan tersebut. 

"Tanpa perlu ke bandar mereka dapat berurusan tanpa perlu susah memikirkan jauh dan payah hendak letak kereta.

"Kami berharap kaunter Tabung Haji ini dapat dibuka di tempat lain juga dalam DUN Wakaf Mempelam untuk memudahkan rakyat Wakaf Mempelam membuat urusan dengan Tabung HAJI," ujarnya ketika ditemui bersama menyambut orang ramai yang hadir untuk berurusan di kaunter yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat DUN  Wakaf Mempelam di sini, baru - baru ini.

Seramai empat kakitangan dari TH datang seawal 8.00 pagi untuk bertemu pelanggan mereka. 

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah membuka akaun baru, TH Khairat, kemas kini dan sebagainya yang bersangkutan dengan Tabung Haji.

Dalam program berkenaan, sebanyak  86 akaun baru di buka menjadi antara penyertaan teramai dalam program kaunter bergerak setakat ini.

 


Tag: