lightning-solid
Berita :
Keberkatan Dorong Terengganu Negeri Paling Bahagia Tandingi Selangor Dan Johor
Keberkatan Dorong Terengganu Negeri Paling Bahagia Tandingi Selangor Dan Johor
Muhamad Fazlee Aziz
6 jam yang lepas
28

Oleh : Syahida Mohd

KUALA NERUS, 27 Januari - Walaupun tidak dapat menandingi negeri Selangor dan Johor dari segi pelaburan, tetapi Negeri Terengganu berjaya dinobatkan sebagai negeri paling bahagia berbanding negeri lain di seluruh semenanjung Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dam NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, keberkatan adalah suatu perkara yang paling diutamakan dalam setiap perkara dalam kehidupan kerana ianya adalah kurniaan dari Allah SWT untuk setiap perkara yang dikehendakinya. 

b0bb8c2f-7fd6-46a3-8e1f-7e3425d334e8.jpeg 290.91 KB
"Dalam keadaan negeri kita ini setanding dengan Selangor, tak setanding dengan Johor dalam bab pelaburan, tiba-tiba negeri kita dinobatkan sebagai negeri yang paling bahagia. Ertinya kita sangat mengharapkan curahan berkat daripada Allah," ucap beliau dalam Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Israk Mikrak Peringkat Daerah Kuala Nerus, semalam.

Jelas beliau lagi , kedudukan negeri Johor berdekatan dengan Singapora dan Selangor pula berhampiran dengan ibu kota sekaligus menjadikan negeri-negeri tersebut maju dari segi ekonomi berbanding negeri kita.

Hishamuddin turut menjelaskan bahawa keberkatan merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat secara fizikal namun kesannya dapat dirasai oleh masyarakat . Justeru, beliau menyeru rakyat untuk terus membina suasana takwa bagi mengekalkan anugerah tersebut 

068ec062-e190-49f1-acd6-2f4716a2b0e5.jpeg 404.23 KB
Tegas beliau lagi, setiap masyarakat Islam perlu mainkan dalam membentuk suasana yang beriman dengan menjadi manusia yang lebih bertaqwa seiring  dengan kehendak Allah swt.

“Sembahyang jemaah kita perlu hidupkan agar masjid dan surau sentiasa dikunjungi oleh umat Islam supaya lahir dan subur keberkatan dalam masyarakat”

56959398-c3a0-4c74-81bd-55ef23394de2.jpeg 465.66 KB
Program yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Gong Pok Jin itu adalah program  penjenamaan semula daripada Bulan Penghayatan Ibadah Solat dan ianya merupakan salah satu teras dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang bermatlamat untuk mengukuhkan pembangunan insan serta memastikan ibadah solat dikerjakan dengan betul mengikut syarak .

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Azizi Zulkifli, ADUN Bukit Tunggal, Lsr Zaharuddin Zahid, ADUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail,  Pegawai Agama Daerah Kuala Nerus, Sofiyuddin Yusof dan Pengarah I-MiTS, Kamaruzzaman Abdullah.

134e4f55-fc8e-4604-9921-d3c24ac8d8b9.jpeg 405.19 KB


Tag :

Artikel Berkaitan