• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Kelab Kakitangan PSMZA Sumbang RM 6,000 Untuk Palestin

DUNGUN, 1 Jun- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) melalui kelab kakitangannya menyumbang  sebanyak RM 6,000 sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab terhadap nasib yang menimpa saudara Islam di negara berkenaan.

Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata,  tragedi yang menimpa rakyat Palestin  secara tidak langsung meningkatkan lagi kesedaran warga PSMZA untuk bersama perjuangan mereka dalam mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa. 

"Atas komitmen itulah, pihak PSMZA melalui Kelab Kakitangan (S-Club) terpanggil untuk memberi sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ringkas penyerahan sumbangan Tabung Prihatin Palestin yang disampaikan kepada wakil Pejabat Aman Palestin Kemaman dan Dungun, Syahmiezan Sahrom, di sini. 

“Kita mengharapkan sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat menampung dan meringankan beban rakyat Palestin dan juga dapat membela nasib bumi Palestin daripada terus dianiaya rejim Zionis” ujarnya.


Tag: