• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kembara 'YBC Members 2022' Ke Langkawi Jalin Semangat Kerjasama

KEMAMAN, 25 Februari - Seramai 80 orang telah menyertai "Kembara YBC Members 2022" bermula dari sini menuju ke Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Program kembara menaiki motosikal itu disertai oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata beliau memanjat kesyukuran di atas penganjuran program itu dan kelancaran pelaksanaannya.

"Alhamdulillah, kami berjaya melaksanakan program ini dengan sangat baik dan meriah.

"Banyak tempat yang telah berjaya kami singgah. Terima kasih saya ucapkan buat semua pihak yang terlibat dan telah sama-sama menjayakan program ini," ujarnya yang juga merupakan ADUN Cukai selepas tiba di pekarangan Pejabat Daerah Kemaman.

Tambah beliau, antara objektif penganjuran ialah merapatkan silaturrahim, mencari idea baharu di samping berkongsi pengalaman menarik sepanjang perjalanan.

Program kembara tersebut mengambil masa selama lima hari bermula 17 februari 2022 dan berakhir pada 21 februari 2022.

Kembara ini juga telah melalui beberapa negeri termasuk Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan.