• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Bantu Lepasan Maahad

Menteri besar menyerahkan sumbangan kepada pengetua MDQ.

Kerajaan negeri akan membuka lebih banyak peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan teknikal kepada lepasan maahad di Terengganu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya melihat kesukaran pelajar berkenaan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Oleh itu, kerajaan berhasrat mengemuka inisiatif termasuk menyediakan kemahiran teknikal dan elaun jika perlu," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Dana Pendidikan Maahad Darul Quran Rusila, Marang, malam tadi.

Pelajar maahad membuat persembahan.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali dan Presiden PAS , Dato' Seri Abdul Hadi Awang.


Tag: