• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Iktiraf Petugas Media

Oleh: Suriati Ali

KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Kerajaan negeri meraikan enam agensi media di Terengganu hari ini sempena Hari Wartawan Nasional yang disambut pada 29 Mei lalu di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, peranan wartawan dalam membentuk masyarakat yang bermaklumat dan berilmu amat penting.

"Dunia hari ini sangat bergantung kepada info dan maklumat yang tepat, semoga para petugas media dan wartawan terus berkhidmat tanpa rasa jemu, penuh amanah dan berintergriti.

"Setiap berita terus dapat disampaikan pada masyarakat dan menjadikan setiap saluran itu sebagai ibadah dan teruslah menyampaikan berita tepat, ringkas dan padat," katanya kepada pemberita selepas kunjungan tersebut.

Dalam kunjungan hampir dua jam itu, Mohd Nor singgah di pejabat Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Terengganu FM, RTM, Harakah, Bernama dan NSTP.


Tag: