• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Sokong Usaha Kebajikan NGO Negeri

Peserta menyerahkan cenderamata kepada Wan Sukairi.


KUALA NERUS, 8 Ogos – Kerajaan negeri menyambut baik dan menyokong usaha sebarang pihak yang melakukan kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menganggap, mereka yang mengorbankan keselesaan untuk membantu saudara seislam mewakili umat Islam di seluruh negeri ini.

"Mereka yang pergi hari ini mewakili kami membantu saudara-saudara kita di Kenya sebagai melaksanakan tanggungjawab kepada umat Islam yang tidak berkemampuan.

"Mudah-mudahan program menjadi antara contoh terbaik kepada saudara-saudara kita di sini," katanya ketika melepas pasukan Misi Kemanusiaan Garissa, Kenya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.
Dr. Suhazeli.

Misi berkenaan dianggotai oleh 12 anggota NGO Warga Cakna dari pelbagai negara dan turut disertai pasukan media Manis FM.

Pengerusi Warga Cakna, Dr. Suhazeli Abdullah memaklumkan, sebanyak 250 ekor lembu dan 150 ekor kambing telah disumbangkan dalam misi Korban Aqiqah yang akan diadakan di sana.

"Selain itu, kami akan turut mengagihkan sebanyak 5,000 naskhah al-Quran untuk digunakan 26,000 pelarian di sana," jelasnya.

Misi yang akan berakhir 15 Ogos itu juga menyediakan kira-kira 100 pek makanan sebagai sebahagian sumbangan yang akan diberikan.

Peserta misi akan ke Garissa, lokasi yang terletak di sempadan tiga buah negara iaitu Kenya, Somalia dan Eritrea untuk menyantuni pelarian Muslim di sana sempena perayaan Aidiladha tidak lama lagi.



Tag: