KUALA TEREGGANU, 12 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr. Riduan Mohamad Nor menegaskan bahawa gejala penagihan dadah antara isu besar yang memalit contengan kepada negeri dan vape antara pemulanya.
Katanya, Kerajaan Negeri membayar harga yang mahal apabila berani menghentikan penjualan vape.
“Ia bukan dilakukan secara drastik tetapi beberapa langkah awal telah diambil sejak tahun 2018 lagi.
“Langkah ini bertujuan bagi menjaga kebajikan pengusaha vape, notis awal telah diwar-warkan agar mereka berganjak kepada bentuk perniagaan lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi perbahasan Belanjawan 2026 di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, semalam.
“PDRM, AADK, juga kolaborasi dengan PEMADAM, masyarakat awam, Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN dan lain-lain,” ujarnya.
Malah katanya, kerajaan wajib tegas menjaga anak-anak muda sebagai generasi pewaris perjuangan, melindungi akal serta keterampilan intelektual.
“Pastikan Terengganu bebas daripada budaya ‘hedonism’, ‘sensate culture’ serta cara hidup ‘bohemian’ yang meruntuhkan jati diri Muslim,” ujarnya.