• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Kerajaan Pusat Diminta Segerakan Projek Kawalan Hakisan Pantai Teluk Lipat



Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 12 Februari- Kerajaan pusat diminta menyegerakan projek kawalan hakisan Pantai Teluk Lipat disini berikutan keadaan semasa yang agak membimbangkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, hakisan pantai yang kritikal di kawasan itu sering berlaku saban tahun namun masih tiada sebarang tindakan dari kerajaan pusat.

“Setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh dan ombak besar, pasti akan berlaku hakisan di beberapa kawasan sepanjang Pantai Teluk Lipat ini.

“Saya juga sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) bertanya bagaimana proses dan perkembangan mengenai perkara ini,” ujarnya kepada pemberita ketika melawat kawasan hakisan tersebut.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura memaklumkan setiap kali tiba musim tengkujuh dan ombak besar, penduduk kawasan tersebut terpaksa menanggung pelbagai risiko.

“Sepanjang pantai ini terdapat banyak kedai makan dan ia menjadi tumpuan pelancong namun jika keadaan seperti ini berterusan, mereka akan mengalami kerugian dan juga kemusnahan harta benda akan berlaku.

“Industri pelancongan juga bakal terjejas dengan teruk sekiranya ia tidak dibendung dari sekarang,” katanya.

Tag: