• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kerajaan Sasar 'Sapu Bersih' Bandar Bahagia 2022

KUALA TERENGGANU, 17 April – Kerajaan negeri menyasarkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mampu dinobatkan sebagai Bandar Bahagia bagi tahun 2022.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua PBT akan terus berusaha memberikan khidmat terbaik buat keselesaan rakyat. 

“Usaha yang PBT laksanakan termasuklah menfokuskan agenda digitalisasi dan ‘internet of things’ bagi percepatkan urusan rakyat. 

“Maka kita berharap pada tahun ini, semua PBT negeri mampu mencapai indeks Bandar Bahagia,” katanya dalam sidang media Majlis Penyampaian Penghargaan Bandar Bahagia 2021 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr Alias Rameli.

Terdahulu, Kuala Terengganu diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2021 di Malaysia dengan mengungguli tangga kedua daripada 114 PBT yang terlibat.

Turut disenaraikan antara Bandar Bahagia yang mencapai lebih 80 peratus markah bagi tahun 2021 bagi negeri Terengganu adalah Marang, Dungun dan Setiu.

 


Tag: