Terengganu Ajak Rakyat Hayati Peristiwa Penting Nuzul Al-Quran
Kerajaan Sedia Insentif Galak Anak Muda Ceburi Pertanian
Oleh : Fatimah Din
MARANG, 11 Februari – Kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk memberi galakan kepada golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian.
Pegawai Pertanian Daerah Marang, Nik Mohd Hafizul Nik Sufian berkata, setiap tahun bantuan berbentuk geran seperti infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan kursus akan disalurkan kepada yang layak.
"Sebagai contoh, kerajaan menyediakan Geran Agropreneur Muda yang dikhaskan untuk golongan muda yang berumur 18 hingga 43 tahun yang berbentuk bantuan dari segi peralatan, input pertanian dalam RM20,000 setiap seorang petani,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil UPDI di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Selain itu katanya, geran tambahan juga turut disediakan bagi petani yang ingin menaik taraf ladang atau kebun mereka.
"Antara khidmat sokongan teknikal ialah tentang kesesuaian tanah untuk projek pertanian, kami turut ada pakar holistik yang boleh memberi khidmat nasihat tentang ancaman pada tanaman.
"Bagi anak muda yang ingin menceburi bidang pertanian tetapi 'zero' dalam bidang ini , disarankan menjalankan aktiviti pertanian terlebih dahulu dan kemudian boleh datang ke pejabat kami untuk mendapatkan khidmat nasihat,” ujarnya.