• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kereta Terbabas Ke Dalam Parit, Bukit Bauk

DUNGUN, 4 November - Sekitar jam 7:45 petang tadi, sebuah kereta proton wira 1.5 didapati terbabas hingga jatuh ke dalam parit di selekoh Bukit Bauk, Dungun, di sini.

Kejadian itu berlaku sewaktu jalan tersebut sedang basah kerana hujan, dan mangsa terbabas seorang diri selepas stereng keretanya gagal dikawal di selekoh gelap dan licin tersebut.

Bagaimanapun mangsa, Ahmad Fahmi, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius di anggota badan.

Namun kenderaan dipandu beliau dalam keadaan teruk, kesan kemalangan keretanya sepanjang 50 meter hingga masuk ke dalam parit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kemasik), Ir. Saiful Azmi Suhaili bersama mangsa.
​​​​​​

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kemasik), Ir. Saiful Azmi Suhaili yang pertama sampai ke tempat kejadian datang membantu mangsa sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kerteh.

“Alhamdulillah kereta dapat hidup lagi selepas berlaku kemalangan yang teruk. Bolehlah saya hidupkan dan nyalakan lampu, supaya ada orang perasan saya sedang mengalami kemalangan ini.

“Saya dari Dungun ingin ke Kerteh untuk pergi ke rumah tunang saya di sana. Sebab mereka adakan jamuan makan pada malam ini selepas solat isyak, tetapi apakan daya saya terbabas dan tak dapat datang awal ke sana," kata mangsa.

 


Tag: