• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerja Baiki Paip Pecah Berjalan Mengikut Jadual

KUALA TERENGGANU,  8 Ogos - Tahap perkembangan kerja pembaikian paip pecah yang dimulakan pada Rabu lalu di dasar Sungai Terengganu berjalan mengikut jadual.

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, berkata 10 juruselam termasuk tiga jurukimpal kini dalam proses  menyiapkan pemasangan aligment clamp.

Katanya, kerja-kerja itu dimulakan secara bergilir-gilir sejak kelmarin dan pagi tadi mereka telah memasang satu lagi clamp sebagai melengkapkan kedua-dua clamp.

"Setiap pemasangan clamp memakan masa hampir satu hari berikutan pelbagai halangan ditempuh, terutama berdepan dengan arus deras di dasar sungai.

"Jika keadaan itu berlaku kerja-kerja terpaksa berhenti buat seketika kerana  penyelam tidak boleh mengambil posisi yang betul untuk melakukan tugasan," katanya kepada media.

Burhanudin berkata, dia yakin pengguna yang terkesan akan kembali memperoleh air bersih seperti yang dijangkakan iaitu pada 11 Ogos.

"Dalam tempoh gangguan, pihak kami sentiasa setia mengagihkan bekalan air dan menambahkan jumlah agihan sehingga keperluan mencukupi.

"Sehingga hari ini, pelbagai pihak turut tampil membantu.

"Antaranya Syarikat Air Darul Aman , Air Kelantan (AKSB), Air Melaka (SAMB), Syarikat Air Johor (SAJ), Air Selangor, Lembaga Air Perak dan Perbadanan Air Pahang (PAIP).

"Turut membantu Syarikat Air Selangor (SYABAS), Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Majlis Getah Malaysia (MRC), Bomba, JPAM, MBKT, Unit Amal dan NGO," katanya.