• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Kerja Pengawalan Hakisan Pantai Mengabang Telipot Capai Kemajuan 88 Peratus


Kerja-kerja pengawalan hakisan pantai di Kampung Tanjung Gelam dan Pantai Kampung Kolam, Mengabang Telipot sedang giat dilakukan dan sudah mencapai kemajuan 88 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 18 Ogos 2018.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri telah memohon peruntukan berjumlah RM90 juta dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah hakisan pantai di kawasan berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang dalam kajian mengenalpasti kaedah terbaik bagi menangani masalah tersebut selain daripada cadangan membina benteng pemecah ombak,” ujarnya dalam jawapan bertulis Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-13.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata, JPS Negeri juga sedang memantau keadaan hakisan di kawasan itu dan akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan bagi penyelesaian segera.

Tag: