• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

DUNGUN, 5 November - Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Dungun sentiasa bersedia menjalin kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah itu bagi memerangi dadah.

Koordinatornya, Abd. Hamid Ismail berkata, masalah penagihan dadah  boleh dianggap sebagai satu isu yang akan sentiasa berulang dan penyelesaian terbaik ialah mencegah daripada mengambilnya. 

Katanya, sebagai agensi penerangan kerajaan negeri, pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama  dengan AADK dalam memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat.

"Kita boleh mengadakan program 'Bual Bicara' dengan menjemput pegawai daripada AADK atau menampilkan ikon yang telah berjaya bebas daripada dadah atau membuat hebahan tentang bahaya dadah," jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika sesi kunjung hormat ke pejabat AADK di Pulau Serai di sini. 

Kehadiran Hamid dan kakitangan UPDI Daerah Dungun telah disambut oleh Ketua Pegawai AADK Daerah Dungun, Yusri Mohd dan kakitangannya. 

Sehubungan itu, Yusri yang mengalu-alukan kesudian UPDI Dungun dan bebesar hati menerima pelawaan tersebut. 

"Dadah ini memang suatu isu yang sentiasa tiada kesudahan, menjadi barah di dalam masyarakat," katanya lagi. 

 


Tag: