• 02 Ogos 2021 | 23 Zulhijah 1442

Kerjasama Semua Pihak Atasi Banjir

DUNGUN, 4 Disember - Kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, serta masyarakat adalah penting dalam usaha mengatasi masalah banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, sebelum sesuatu pembangunan dilakukan untuk kemudahan bersama, sepatutnya perancangan yang teliti perlu dibuat terlebih dahulu.

"Semua pihak harus bekerjasama dengan mengambil pendekatan holistik untuk menyelesaikan masalah banjir yang saban tahun membelenggu komuniti kampung.

"Termasuklah sistem perparitan seperti longkang, parit-parit tali air sepatutnya dinaik taraf agar penduduk setempat tidak jadi mangsa pembangunan. 

Rakyat juga perlulah tidak bersikap pentingkan diri dengan sewenang-wenangnya menjadikan longkang dan parit  sebagai tempat pembuangan sampah yang akhirnya menyebabkan tersumbat," ujarnya. 

Alias berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di sekitar Tanjung Jara di sini.

 Menurutnya, tinjauan tersebut adalah untuk mengetahui sambil bertukar pandangan dengan agensi terlibat seperti wakil Tanjong Jara Resort, Pejabat Daerah Dungun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya(JKR).


Tag: