• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Keropok Lekor Tok Molor Tambah Cawangan Di Marang

MARANG, 9 November –  Usaha pemilik Keropok Lekor Tok Molor melebarkan sayap perniagaan dengan membuka kilang dan gerai jualan di Kampung Pulau Kerengga, di sini sewajarnya dipuji.

Bukan sahaja menaik imej daerah itu di mata masyarakat luar, malah mampu merancakkan sektor pelancongan dan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Pengarah Urusan Keropok Lekor Tok Molor, Rapuan @ Sharuddin Abd Rahman, 52,  berkata dengan pembukaan kilang itu, pihaknya mampu membuka ruang pekerjaan kepada 150  orang kampung, terdiri golongan belia, ibu tunggal dan anak yatim..

“Saya memulakan perniagaan itu sejak berumur 34 tahun secara kecil-kecilan di halaman rumah sendiri, alhamdullilah berkat kesabaran, dia berjaya membuka cawangan kedua selepas cawangan asal di Kampung Tok Molor,”katanya.

 

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Huzairil Nizam Ibrahim berkata dalam masyarakat menghadapi masalah pandemik Covid-19 yang serius usahawan ini hadir membantu dalam menguruskan sektor pekerjaan.

"Sama-sama membantu negeri Terengganu terus maju dalam keadaan kita menempuhi ujian dan rintangan, Pok Din berjanji akan berusaha dalam menyediakan pekerjaan seramai 500 orang, untuk membantu kerajaan negeri kepada penduduk setempat.

"Ini bukti kegigihan bumiputera kita yang setaraf dengan usahawan-usahawan lain di luar sana, di mana apabila bercakap pasal pelancongan, Terengganu tidak lari daripada Keropok Lekor sebagai produk negeri,"katanya.

Beliau berkata ketika hadir merasmikan operasi Kilang Keropok Lekor Tok Molor di Pulau Kerengga, semalam.

Turut hadir adalah, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Penasihat Syarikat Keropok Lekor, Dato' Suhaimi Dato' Salleh, wakil Jabatan Perikanan, wakil Pejabat Daerah Marang, wakil Majlis Daerah Marang, dan agensi lain.

"Produk ini adalah duta Terengganu yang sebenarnya, oleh itu, Jabatan pelancongan juga akan berkejasama dalam mempromosikan produk ini di mana potensi dengan kekuatan produk tradisi masyarakat kita dan akan menjadi satu produk yang menarik serta sering meniti di bibir mulut pelancong.

"Kepada pekerja, berilah kerjasama dan berkerjalah sebaik-baik nya, kerana rezeki ini tidak akan lari kemana, ianya akan pulang kepada pekerja, orang ramai dan mengalir ke masyarakat marang juga,"tambahnya lagi.

Syarikat yang mula ditubuhkan pada tahun 2012 ini telah mengeluarkan jenama Tok Molor ke luar negeri setiap minggu dimana turut tertumpu di luar semenanjung, iaitu Sabah dan Sarawak.

 


Tag: