• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kes Bunuh Nur Surya, Hampir 20 Saksi Dipanggil

 

HULU TERENGGANU, 7 November - Polis telah memanggil hampir 20 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam Siti Nur Surya Ismail,19,  Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata ia melibatkan semua kategori saksi keluarga kedua pihak yang terlibat dan pegawai polis yang melaksanakan siasatan kes ini. 

"Siasatan kini sedang dilengkapkan, insyallah pada minggu hadapan akan rujuk pada pihak pendakwaraya untuk dapatkan arahan lanjut bagi penyiasatan kes ini.

"Dijangka pada Isnin depan akan disambung reman sebelum kes dirujuk pendakwa raya,"ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di Hulu Terengganu malam tadi.

Sementara itu, Mohd Adli turut memaklumkan penemuan senjata yang digunakan suspek ketika pembunuhan itu.

"Kita telah jumpai pisau yang telah digunakan semasa kejadian yang telah dibuang ditepi lebuh raya di Telemong pada hari ke tiga dengan jarak lokasi lebih kurang tiga hingga empat kilometer.

"Kita percaya kesemua senjata diambil di lokasi kejadian,"tambah beliau.

Terdahulu, mangsa, Siti Nor Surya Ismail, yang menjaga ibunya terlantar sakit ditemui mati di ruang tamu rumahnya dipercayai dibunuh dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian ruang tamu rumah tersebut dengan pergelangan tangan kirinya putus dan kesan kecederaan lain pada bahagian muka serta badan.


Tag: