• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Kes Jenayah Syariah Terengganu Menurun Lebih 50 Peratus

KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Jumlah kes kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah menurun sebanyak 50 peratus bagi tahun 2021 berbanding 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, statistik kes kesalahan tersebut menurun dengan ketara bagi tahun 2021. 

“Berdasarkan laporan statistik yang direkodkan, jumlah kes kesalahan jenayah syariah bagi tahun 2020 adalah sebanyak 969 kes manakala bagi tahun lepas (2021) menurun hingga 426 kes.

“Bagi tahun 2021, kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah kes khalwat iaitu sebanyak 297 kes diikuti kesalahan berhubung akad nikah 26 kes,” tambah beliau ketika menjawab soalan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Satiful Bahri menyebut angka tersebut bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkenaan bilangan kes jenayah syariah di negeri. 

Menurutnya juga, kesalahan-kesalahan jenayah syariah itu termaktub dalam Enakmen Kesalahan jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.


Tag: