• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Keselesaan Peniaga, Pengunjung Pulau Warisan Dapat Perhatian ADUN

KUALA TERENGGANU, 17 November - Keadaan kurang selesa kepada peniaga dan para pengunjung Pulau Warisan terutama lokasinya yang penuh dengan lopak-lopak air mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Beliau berkata, keadaan lokasi tapak niaga sangat tidak menyenangkan pandangan, apatah lagi kepada para peniaga yang mencari rezeki di situ.

"Alhamdulillah, kami dapat banyak aduan dalam bentuk pandangan dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Insya-Allah semua pandangan orang ramai sudah dalam perhatian kami dan akan dibawa ke pihak yang sepatutnya.

Gambar sebelum membuat tambungan pasir batu "Crusher Run".
Ahmad Shah di Pulau Warisan sebelum proses tambungan pasir batu "Crusher Run".

"Cuma untuk peringkat awal dan segera ini, kami ambil inisiatif meratakan pasir batu crusher run dahulu," katanya kepada pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika ditemui sewaktu meninjau kerja-kerja pembaikan di tapak niaga Pulau Warisan baru-baru ini. 

Ahmad Shah Muhamed yang juga Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar berharap dengan usaha segera yang dilakukan ini memberi sedikit keselesaan buat  para pengunjung dan peniaga juga dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih baik.

Proses tambungan "Crusher Run" sedang giat dijalankan.

"Terima kasih juga kepada pihak Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu kerana telah mengambil inisiatif membina surau sementara di sini,"jelasnya.

 


Tag: