• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Khat Warisan Teragung Kesenian Islam

KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Tulisan kaligrafi atau Khat merupakan seni tertua dan mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam ketamadunan Islam.

Malah ia telah tersebar ke seluruh pelusok dunia sejajar dengan perkembangan Islam itu sendiri dari satu zaman ke zaman lain, selain ia menjadi kebanggaan masyarakat Islam sehinga dikagumi di seluruh dunia.

Pendakwah Selebriti, Ustaz Haslin Baharim (Bollywood) berkata, untuk mempelajari tulisan berkenaan sudah tentu memerlukan kepada minat yang mendalam beserta dengan kesungguhan yang jitu.

"Ibnu Muqalah yang menjadi perintis  kepada terciptanya pelbagai bentuk khat yang ada pada hari ini. 

"Kemudian dikembangkan oleh anak muridnya Abu Al-Hassan atau dikenali sebagai Ibnu al-Bawwab selepas kewafatannya Seterusnya Yaqut al-Musta'simi telah mempercantikkannya lagi,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung, pada Program Munajat Rakyat Terengganu, di TV Darul Iman (TVDI) di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut katanya, Khat terbahagi kepada enam Khat Kufi merupakan tertua di dunia telah berkembang di Kufah serta mempunyai nilai yang sangat tinggi.

"Kedua khat nasakh yang digunakan dalam al-Quran di mana ia berperanan memudahkan orang ramai untuk membacanya.

"Khat suluk pula dilengkapi dengan penuh harakat (tanda bacaan), sebagaimana yang terukir di dinding masjid pada hari ini sedikit susah untuk mempelajarinya.

"Manakala pelajar aliran agama pada kebiasaannya menggunakan Khat Riq'ah ketika mengikuti sesi pembelajan dan Khat Farisy serta Diwani pula kebanyakan didapati diguna pakai di Iran, Pakistan juga Turki," katanya.

Katanya, generasi pada hari perlu dipupuk minat mereka untuk menyukai keseniaan Islam berkenaan. 

"Memerlukan kepada minat yang mendalam mempelajarinya dengan penuh kesungguhan serta menekuninya. 

"Islam dan seni berpisah tiada, dalam bahasa mudahnya ialah ialah Islam menyokong keseniaan dan ia ada terdapat didalam agama ini kerana syariat membenarkannya dalam meraikan fitrah manusia yang sukakan keindahan. 

"Apa yang dimaksudkan dengan seni pula ialah segala benda yang halus dan indah berperanan menyenangkan hati manusia samada dalam bentuk lukisan, ukiran kayu dan sebagainya," ujarnya.

 


Tag: