• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KHIDMAT Dungun Sertai Misi Pasca Banjir Johor

DUNGUN, 11 Mac- Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) Kawasan Dungun turut bersama KHIDMAT Negeri Terengganu menyertai misi pasca banjir ke Johor.

Pengerusinya, Khairul Ismail berkata  seramai 25 orang sukarelawan iaitu 19 orang lelaki dan enam orang wanita menyertai misi tersebut. 

"Turut menyusul 16 orang lagi sukarelawan dan KHIDMAT Dungun ditugaskan di Segamat," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Perlepasan Misi Bantuan Banjir ke Negeri Johor  yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli di hadapan pejabat Parlimen Dungun di sini baru - baru ini.

Menurutnya lagi, mereka bertolak dengan lima buah kenderaan iaitu van dan kenderaan pancuan empat roda dimana para sukarelawan turut membawa kelengkapan untuk membersihkan rumah mangsa banjir. 

"Misi mereka kali ini untuk membersihkan rumah-rumah dan premis - premis dimana air sudah pun mulai surut di sana," katanya lagi.


Tag: