• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Buka Peluang Kongsi Rezeki

KUALA TERENGGANU, 27 Januari – Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Khidmat Malaysia Kuala Terengganu membuka peluang masyarakat untuk saling menjaga dan berkongsi rezeki melalui Pusat Pengumpulan Sumbangan Barangan untuk  golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula semalam.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Batu Buruk, Nik Rosdi Nik Jusoh memaklumkan, pusat pengumpulan tersebut diadakan berhadapan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk dan dibuka sepanjang hari bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. 

“Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada mereka yang terkesan ini boleh menghantar sumbangan di Pusat Pengumpulan Sumbangan ini.

"Antara barangan yang boleh disumbangkan ialah beras, minyak masak, gula, gandum, susu, lampin bayi, kicap dan lain-lain lagi," katanya.

Jelasnya, barang sumbangan terkumpul akan diagihkan pada minggu hadapan sekiranya jumlah sumbangan dianggarkan mencukupi. 

Sementara itu, wakil NGO Khidmat Malaysia Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan sumbangan.


Menurutnya, selain di Batu Buruk, Pusat Pengumpulan Sumbangan Barangan ini juga dibuka di seluruh DUN dalam Kuala Terengganu iaitu di hadapan Surau Baru Gong Pauh bagi DUN Wakaf Mempelam, Pasar Cabang Tiga bagi DUN Bandar dan Futsal Berek bagi DUN Ladang. Manakala bagi Parlimen Kuala Terengganu pula di hadapan Pejabat Parlimen Kuala Terengganu.

Sumbangan juga dibuka secara atas talian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun berikut :

BANK ISLAM
BADAN KEBAJIKAN PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU
13017010044705