• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kit Peperiksaan Untuk Calon SPM DUN Buluh Gading

KUALA NERUS, 3 Mac - Sebanyak 530 unit kit peperiksaan disediakan khas untuk menyuntik semangat para calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, kit peperiksaan yang diagihkan adalah tanda sokongan moral kepada semua calon agar lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

“Kita agih kit ini dari rumah ke rumah untuk berjumpa sendiri dengan para pelajar.

“Dengan cara itu, kita dapat berinteraksi secara langsung dengan mereka dan seterusnya menyuntik semangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut,“ ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program agihan kit peperiksaan dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Teluk Pasu, baru-baru ini.

Beliau juga memaklumkan, kit telah diagihkan kepada semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam DUN Buluh Gading untuk diserahkan kepada semua calon SPM dalam kampung masing-masing.

“Dalam setiap kit, kita sediakan beberapa set alat tulis, set mekanikal geometri, air solat hajat serta kismis.

“Nilainya mungkin tidak seberapa, tapi itulah tanda sokongan kita kepada semua calon yang juga merupakan modal insan pada masa akan datang,” tambah beliau lagi.


Tag: