• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

KKM Cadang Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Ditangguh

KUALA LUMPUR, 15 April - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan agar aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguh.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM perlu membuat pengumuman lebih awal berhubung rentas negeri sempena perayaan Aidilfitri ini.

"Apabila mereka (KKM) membuat penilaian risiko, mereka tahu sekiranya buka, apa risikonya atau kesannya. Jadi kita tunggu daripada KKM sama ada boleh atau tidak rentas negeri sempena Aidilfitri nanti.

"Ia bukan kuasa kita, kita lihat apa yang berlaku dulu apabila kerajaan membenarkan dan rentas negeri dibuka, terdapat 31 kluster balik kampung, sebab itu KKM perlu berhati-hati kali ini.

"Kita akan umum dalam waktu terdekat kerana kita pun tidak mahu ganggu orang balik kampung, mahu beli tiket pesawat atau bas," katanya sebagaimana dilapor Berita Harian.

 


Tag: