KOPERAT Sumbang 200 Beg Dan Alat Tulis

Oleh : Nurul Adilatul Akmal Mohd Azaha

MARANG, 19 Januari- Seramai 200 orang pelajar daripada keluarga golongan B40 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis daripada Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu(KOPERAT).

Pengarah KOPERAT, Zaharudin Zaid berkata, pihaknya berhasrat untuk meringankan beban golongan berkenaan dalam menghadapi awal persekolah sesi depan.

"Kami berharap dengan sumbangan ini akan memberi sinar harapan kepada anak-anak di DUN Alur Limbat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang lebih bermakna," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sumbangan Beg dan Alat Tulis Sekolah yang diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong di sini, baru - baru ini. 

Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman. 

Sementara itu beliau berkata, pihaknya diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk mengatur strategi memenuhi keperluan rumah rakyat Terengganu. 

“Kita ada banyak projek yang akan dilakukan di Alur Limbat dibawah Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 

“Kita jangkakan mengambil masa selama dua tahun untuk siapkan fasa pertama untuk perumahan yang dirancang, " katanya.

 

 


Tag: