Universiti Antarabangsa Buka Pintu, Pelajar Terengganu Perlu Lebih Bersedia
HULU TERENGGANU, 10 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa pekerja dalam sektor peruncitan segera melakukan pendaftaran Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC).
Timbalan Menterinya, Dato' Rosol Wahid berkata langkah itu bagi memastikan lebih 500 ribu pekerja dalam sektor tersebut tidak tercicir dan menyertai program vaksinasi ini bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.
Katanya, walaupun kluster Covid -19 yang wujud daripada sektor peruncitan adalah rendah, namun mereka sentiasa berisiko tinggi kerana sentiasa bersemuka dengan pelbagai kategori pengguna.
"Alhamdulilah, saya difahamkan kerajaan telah meluluskan vaksin untuk sektor peruncitan dan pengedaran barang barang kerana mereka juga merupakan barisan hadapan yang berisiko tinggi.
"Oleh itu, mereka yang terlibat dalam sektor ini perlu mendaftar dengan pihak KPDNHEP secara teratur dan sistematik untuk pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan ke Program Outreach Vaksinanasi di Politeknik Hulu Terengganu hari ini
Terdahulu, pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) pertama untuk Program RiVAC akan dibuka di Cititel Mid Valley City, Kuala Lumpur bermula 26 Julai.
RiVAC menyasarkan barisan hadapan ekonomi seperti juruwang, jurujual, kru restoran, pekerja stesen minyak, kru pasar raya, kru departmental stores (gedung serbaneka), tukang gunting dan kecantikan, pengurusan kompleks beli-belah dan pekerja rantaian pengedaran.