• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 20 Disember -Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) Dato' Satiful Bahri Mamat menyeru warga KPKKT agar terus menawarkan perkhidmatan terbaik pada masa akan datang.

"Kita berharap tahun hadapan kita akan melangkah ke arah yang lebih baik dengan hala tuju yang jelas.

"Sebagai salah satu anak syarikat negeri Terengganu, kita harus terus bersatu padu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Malam Anugerah Penghargaan Kakitangan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) 2023 di Camelia Hall, Paya Bunga Square.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar KPKKT, Ahmad Bazli Razali, berkata, majlis penghargaan tersebut merupakan satu langkah penting dalam memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan motivasi ahli-ahli pasukan untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam tahun-tahun mendatang.

"Malam Anugerah Penghargaan Kakitangan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) 2023 diadakan bagi menghargai usaha dan penat lelah kakitangan yang telah bekerja keras.

"Kena tegur atau marah sedikit-sedikit itu biasalah dalam setiap organisasi. Masa kerja, kita kerja. Masa bergembira kita bergembira.

"InsyaAllah, kita akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita dan melangkah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini,"katanya.


Tag: