• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Kugiran Challenge Hiburan Tepati Syarak

DUNGUN, 21 September- Lajnah Kesenian dan Kebudayaan (DACS) PAS Kawasan Dungun telah menganjurkan Kugiran Challenge pada Jumaat lalu di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun bagi memperkenalkan konsep penganjuran hiburan yang menepati syariat.

Pengerusi DACS Kawasan Dungun, Hanif Safwan Mansor berkata, lajnah yang berada di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mendekati anak-anak muda berbakat yang bergiat didalam bidang kesenian untuk dibimbing minat mereka ke arah yang lebih baik.

"Ianya menjadi lebaran baru di dalam cara kita berdakwah untuk menongkah satu pendekatan yang lebih baru menunjukkan kepada masyarakat bahawa hiburan itu dibenarkan didalam Islam mengikut cara yang betul serta tindak bercanggah dengan ajaran Islam. Di mana antara perkara yang dititiberatkan sepanjang program ialah solat secara berjemaah sebelum bermula program, pakaian menutup aurat dan bersesuaian serta menyampaikan lagu yang mempunyai mesej positif kepada masyarakat.

"Sembilan kumpulan telah bertanding di "Grand final DACS Kugiran Challenge, iaitu Hulu Music, One & Co, Unknownside, Herow Band, The Projects, The Implied, Glissando, Uncle Sam Band, D'Gembe Band setelah disaring pada awalnya," ujarnya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Katanya, pertandingan itu telah diadili oleh komposer terkenal tanahair iaitu Manan Ngah sebagai ketua juri.

"DACS kugiran Challenge ini telah dimenangi oleh kumpulan 'The Project' dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500, naib johan kumpulan 'Uncle Sam Band' (RM 1,000) manakala kumpulan' D' Gembe band' di tempat ketiga (RM700).

"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menganjurkan program ini, juga kepada Alternative Band Club (ABC) kerana memberikan kerjasama yang baik dari awal sehingga akhir,insya-allah akan kita jadikan ianya sebagai acara tahunan" ujarnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, konsep pertandingan sedemikian dengan menerapkan penetapan syariat dalam berhibur tidak bertentangan dengan ajaran Islam selagi itu ianya dibenarkan.

Tegasnya, Islam bukanlah agama yang melarang semua perkara bahkan merupakan sistem sokongan kepda sistem perundangan dan memandu manusia untuk hidup diatas muka bumi ini.


Tag: