• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

LAJSM 2017 Catat Kejayaan Tersendiri


Peserta LAJSM 2017 mengambil kesempatan bergambar dengan pemimpin nombor satu Terengganu, Dato, Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 mencatatkan impak dan kejayaan tersendiri apabila merekodkan 50,130 penyertaan termasuk hampir 4,000 daripadanya adalah peserta dari luar Terengganu.

Selain itu, peningkatan sebanyak lima kali ganda bagi kategori ‘Full Marathon’ 42 kilometer melibatkan seramai 350 peserta termasuk dari United Kingdom, Great Britain, Perancis, India, Laos, Singapura, Macau, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Untuk tahun ini juga, sebanyak 23 kategori dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang berjumlah RM204,000.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia LAJSM 2017, kerajaan negeri akan merancakkan lagi acara dan aktiviti larian sebegini bagi mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Dengan kejayaan penganjuran acara tahunan LAJSM sebagai acara ‘pelancongan sukan’ terbesar di Terengganu juga memberi makna yang cukup besar kepada kerajaan negeri khususnya kepada penggiat industri pelancongan Terengganu.

“Dengan hadirnya puluhan ribu peserta ke LAJSM ini, ianya memberikan senyuman kepada penggiat industri pelancongan khususnya di Kuala Terengganu sama ada premis penginapan, kedai makan dan pusat-pusat perniagaan lain.

“Kehadiran mereka ini juga terutamanya dari luar Terengganu memberikan impak ekonomi kepada seluruh pelusuk destinasi pelancongan di negeri ini memandangkan mereka semua hadir bersama keluarga, sambil berlari sambil melancong,” katanya.

Pada LAJSM 2017 itu, majlis pelepasan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Tag: