lightning-solid
Berita :
Laporan RCL, Ketua Audit Negara Bukan Penamat Siasatan Kehilangan Wang Negara
Laporan RCL, Ketua Audit Negara Bukan Penamat Siasatan Kehilangan Wang Negara
Hidayah Azlin
3 jam yang lepas
43

KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mahupun Laporan Ketua Audit Negara tidak boleh dimuktamadkan sebagai penamat kepada sebarang kes penyelewengan yang melibatkan ketirisan dan kehilangan wang negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim menegaskan bahawa kedua-dua laporan berkenaan sekadar berfungsi sebagai asas penemuan awal.

Menurutnya, tindakan susulan yang tegas dan menyeluruh perlu diambil oleh agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak berkuasa berkaitan bagi melengkapkan siasatan rasmi mengikut peruntukan undang-undang.

"Laporan RCI atau Laporan Audit berfungsi sebagai asas penemuan, manakala agensi penguatkuasaan seperti SPRM atau pihak berkuasa lain perlu melengkapkan siasatan rasmi mengikut undang-undang yang kemudiannya disusuli dengan proses pendakwaan di mahkamah.

"Mereka yang dilaporkan dalam Laporan RCI telah melakukan penyelewengan sehingga mengakibatkan kehilangan wang negara perlu disiasat dan didakwa," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menegaskan, prinsip keadilan tidak membenarkan sesuatu kes itu tergantung atau terhenti setakat pembentangan laporan RCI semata-mata.

Jelas beliau, mana-mana individu yang disyaki terlibat tidak boleh diadili atau dijatuhi hukuman hanya berdasarkan dapatan laporan awal tanpa melalui proses pengadilan yang sah di mahkamah.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar siasatan teliti dijalankan sehingga ke peringkat pendakwaan demi memastikan pihak yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan serta meletakkan kedaulatan undang-undang pada tempat yang sepatutnya.


Tag :

Artikel Berkaitan