lightning-solid
Berita :
MAIDAM Lancar Logo Baharu Zakat Perniagaan, Galak Budaya Berzakat
MAIDAM Lancar Logo Baharu Zakat Perniagaan, Galak Budaya Berzakat
Noraini Jusoh
1 jam yang lepas
52

KUALA TERENGGANU, 30 Julai – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melancarkan logo baharu zakat perniagaan MAIDAM sebagai simbol pengiktirafan rasmi kepada syarikat dan perniagaan yang menunaikan zakat perniagaan melalui institusi berkenaan.

Logo baharu itu dilancarkan sempena Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2026 Di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof Madya Dato’ Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, pengenalan logo itu bertujuan mengiktiraf sumbangan sektor korporat dalam memperkukuh ekonomi ummah serta menggalakkan lebih banyak syarikat dan usahawan membudayakan amalan berzakat.

Katanya, zakat bukan sekadar suatu kewajipan agama, malah merupakan instrumen penting dalam memperkukuh ekonomi ummah, menyucikan harta serta menjamin kebajikan golongan yang memerlukan.

“Logo baharu ini bukan sekadar identiti visual, sebaliknya melambangkan amanah, integriti, tanggungjawab sosial dan komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan ekonomi ummah melalui institusi zakat.

“Semoga logo inimenjadi pemangkin kepada lebih banyak syarikat dan usahawan untuk menunaikan zakat perniagaan melalui MAIDAM, sekali gus memperkukuhkan ekosistem zakat di Terengganu,” ujarnya ketika berucap di majlis tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran konvokesyen berkenaan katanya, ia membawa tema amat signifikan iaitu 'Wawasan Baharu Kewangan Sosial Islam: Transformasi Baitulmal, Memperkasa Agenda Fardu Kifayah'.

Menurut beliau, tema berkenaan bukan sekadar slogan sebaliknya merupakan satu seruan untuk melakukan anjakan paradigma terhadap peranan institusi baitulmal agar lebih relevan dalam mendepani cabaran sosioekonomi masa kini.

“Baitulmal perlu memainkan peranan lebih strategik sebagai pemangkin pembangunan ummah melalui pengukuhan agenda pendidikan, kesihatan, penyelidikan, pembangunan modal insan, keusahawanan, teknologi, inovasi serta pelbagai bidang fardu kifayah yang menjadi asas kepada kemajuan umat Islam.

“Usaha transformasi tersebut memerlukan tadbir urus yang lebih cekap, pendigitalan perkhidmatan, penggunaan data dalam proses membuat keputusan, kerjasama strategik antara agensi serta pengukuran impak yang lebih berkesan,” ujarnya.
.


Tag :

Artikel Berkaitan