• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Lebih 2,000 Penduduk Hulu Kemaman Terputus Hubungan

 


KEMAMAN, 18 Disember- Lebih 2,000 penduduk di Hulu Kemaman terputus hubungan hari ini apabila jalan raya menjadi laluan penghubung utama mereka dilimpahi air sungai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata hujan lebat yang berterusan  menyebabkan limpahan air Sungai Tebak mula menenggelami jalan di beberapa lokasi mulai 7.30 pagi tadi.

"Hasil tinjauan saya pagi ini mendapati penduduk di beberapa kampung seperti Seberang Tayor, Kampung Batu 16 dan Kampung Batu 14 Tebak tidak boleh keluar kerana paras air yang agak tinggi di jalan tersebut.

"Saya juga berharap penduduk tidak mengambil risiko untuk melalui jalan itu walaupun dengan kenderaan pacuan empat roda kerana arusnya agak deras dan ini boleh membahayakan keselamatan mereka," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, orang ramai di Kampung Tebak yang ingin ke Bandar Chukai terpaksa berpatah balik kerana laluan utama di Seberang Tayor tidak boleh dilalui.


 


Tag: