Foto: Facebook Cikgu Awi
HULU TERENGGANU, 13 Disember - Lebih 40 peserta antarabangsa hadir menyertai sekitar 200 pemancing tempatan bagi menikmati cabaran International Monsoon Casting Tournament (IMCT) 2025 yang bermula hari ini.
Para peserta tersebut terdiri dari lima negara iaitu Indonesia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan Jepun.
Menurut Sekretariat IMCT 2025, kehadiran penggemar sukan memancing dari negara-negara terbabit membuktikan Tasik Kenyir masih menjadi tumpuan utama peminat sukan memancing, khususnya pengilat gewang(casting),sejak teknik itu dikenali pada awal 1990-an.
"Tasik ini menawarkan kepelbagaian spesies 'gamefish' terkenal seperti sebarau, toman, kelisa dan pelbagai spesies asli lain yang menjadi daya tarikan kuat kepada pemancing tempatan dan antarabangsa," jelasnya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Lebih menarik, IMCT 2025 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM165 ribu berupa enjin bot, bot aluminium, bot fiber, motor elektrik, produk serta aksesori memancing kepada pemenang terpilih.
Sebagi rekod, sejak diadakan bermula tahun 2009, program ini berjaya menarik sehingga 700 penyertaan pada tahun 2023, menjadikannya antara program casting terbesar negara.
Namun, bagi tahun ini, jumlah penyertaan dihadkan bagi memberikan tumpuan kepada penyertaan antarabangsa, selaras dengan persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 danTahun Melawat Terengganu 2027.
