Terengganu Peruntuk RM6 Juta Bantu Pelajar Sambung Master, PhD
MARANG, 25 Jun - Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM23,000 untuk menaik taraf masjid lama yang terbiar dan hentian rehat di Pulau Redang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, mengumumkan bahawa projek itu adalah penting untuk memanfaatkan semula tapak masjid yang telah lama ditinggalkan.
“Saya telah memutuskan untuk menyumbang sebanyak RM23,000 kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Redang melalui Pejabat Daerah Kuala Nerus.
"Ia akan dibangunkan menjadi surau dan hentian rehat yang lebih selesai buat pelancong.
“Penduduk Kampung akan membersihkan kawasan tersebut secara bergotong-royong dan membangunkan semula kemudahan-kemudahan yang diperlukan di tapak masjid lama itu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media semasa lawatan kerja Exco Pelancongan ke Pulau Terengganu bertempat di Pulau Kapas di sini hari ini.
Tambah Razali, ketika sesi lawatan ke Pulau Redang, pihaknya melihat keadaan masjid lama yang tidak terurus dan dipenuhi semak samun.
"Ini adalah pemandangan pertama yang disambut oleh pelancong yang tiba di Pulau Redang melalui jeti utama.
“Walaupun ia bukan lagi berfungsi sebagai masjid, kami akan membina surau, tempat persalinan, pentas kebudayaan, dan tandas awam untuk kegunaan pelancong,” tambahnya.
Razali menegaskan bahawa usaha tersebut akan dilaksanakan secepat mungkin dan kemudahan yang dibina termasuk surau tidak akan dijadikan tempat untuk bermalam.
Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata perancangan awal projek berkenaan melibatkan pembinaan ruang sembahyang yang boleh menampung 20 hingga 30 orang, dengan konsep surau terbuka yang boleh diakses pada bila-bila masa.
"Fasa pertama kita akan selesaikan bilik air, tempat duduk terlebih dahulu kemudian baru pembinaan surau dan fasiliti lain
“Surau tersebut tidak akan dijadikan tempat tidur. Jika mahu tidur, mereka perlu mencari chalet, hotel atau rumah penginapan,” ujarnya.