• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Majikan Perlu Jiwai Minat Dan Kecenderungan Kakitangan


Wan Nawawi menyampaikaan anugerah kepada Harun pada pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Majikan mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini sewajarnya menjiwai peranan, minat dan kecenderungan setiap kakitangan bawahan agar pelaksanaan tugas yang diarahkan berjalan lancar.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata majikan perlu memahami dan mengetahui sama ada pengagihan tugas bersesuaian atau sebaliknya.

Katanya, sekiranya perkara itu  tidak diketahui pastinya kakitangan berkenaan sukar untuk menguruskan tugas secara bijaksana kerana wujudnya sifat tidak ikhlas, malah lebih teruk akan menimbulkan tekanan perasaan..

“Pekerja yang alami situasi sebegini, saya mahu berpesan agar meluahkan hasrat secara berdepan dengan majikan masing- masing yang berkemungkinan kurang memahami atau boleh diertikan sebagai tidak tahu.


“Perkara ini nampak kecil, sekiranya melarat pastinya akan menimbulkan suasana kerja yang tidak sihat, ada di antara kakitangan pula bermasam muka, memendam rasa dan wujud persengketaan dalaman,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan Januari dan Februari, di WDI, Kuala Terengganu, hari ini.

Antara penjawat awam yang menerima anugerah bagi Februari, Penolong Pegawai Penerangan,  Harun Hasan  dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Syarifah Romiwati Tuan A Rahman (Pembantu Tadbir) dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Mazuki Salleh (Pembantu Tadbir), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.

Manakala anugerah pada Januari pula, Nor Azlyn Ezura Hasmin (Perangkaan) dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu,  Noraiza Mohd Nor (Pembantu Tadbir), Unit Audit Dalaman.

.




Tag: