• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Malaysia Bukan Tempat Longgokan Sisa Berjadual

DUNGUN, 4 Oktober -  Kerajaan Pusat sentiasa memantau setiap sisa yang dibawa masuk ke Malaysia dan hanya membenarkan sisa berjadual diluluskan untuk masuk,  jika sebaliknya ia akan dihantar pulang ke negara asal.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man,  melihat keadaan itu, pihaknya menafikan pihak tertentu bahawa Malaysia kini menjadi transit longgokan sisa berjadual

Katanya, sehingga kini, pihaknya sudah menghantar beratus-ratus kontena mengandungi sisa buangan berjadual ke negara asal kerana melanggar undang-undang negara

"Apa yang diperkatakan itu tidak betul sebab kita ada peraturan, sebagai contoh plastik ada kod-kod tertentu yang dibenarkan untuk masuk dan kita tak benarkan sampah yang kotor dan plastik benar masuk termasuk e-waste (sisa elektrik dan elektronik),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Dana Fasa 2 Pasaraya Wakaf Ummah di Mukim Pak Sabah di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini, kerajaan buat keputusan tidak membenarkan import sisa e-waste dari luar negara dan kita tegas dengan perkara itu.

"Pemantauan sentiasa dibuat melalui pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) di pelabuhan kerana kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat buang sampah dunia," katanya.

 

Sementara itu, Pasar Raya Wakaf Ummah setinggi 1 tingkat setengah adalah projek wakaf komersial yang diuruskan oleh Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

Projek yang dimulakan pada awal 2018 itu kini hampir 41 peratus siap. Jangkaan  sebenar siap pada September tahun lalu.

Projek itu mengalami kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beberapa masalah teknikal lain.

Sekiranya dana mencukupi, projek yang bakal menawarkan 500 peluang pekerjaan itu dijangka boleh beroperasi pada akhir tahun depan. Orang ramai boleh buat sumbangan melalui akaun Maybank 5640 2540 4697 (Parti Islam SeMalaysia-Dana Sanabil).


Tag: