• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Mangsa Dipatuk Ular Layak Terima Bantuan Serangan Binatang Buas

MARANG, 11 Oktober - Mangsa yang dipatuk ular, Noraniza Abu Bakar, 30, layak dikategorikan sebagai penerima Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan sokongan laporan daripada Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu.

Kejadian malang, dipatuk binatang berbisa yang dikenalpasti daripada spesis ular senduk itu telah menimpa Noraniza, ketika terserempak dengannya di dalam bilik air.

Paling menyedihkan, mangsa yang tinggal di Kampung Sungai Kerak merupakan penghidap sakit kencing manis kronik menyebabkan kesan luka di kakinya menjadi lebih parah dan teruk.

Penolong Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Aniza Ibrahim berkata, berdasarkan kejadian yang menimpa mangsa, kami mengesyorkan agar mangsa memohon bantuan khusus itu bagi membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa yang terlibat dengan serangan binatang buas.

Penolong Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Aniza Ibrahim

"Peruntukan bagi bantuan ini adalah maksimum sebanyak RM20,000 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal. Manakala bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan."

"Sepanjang tahun 2020, pihak Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu telah menerima dua permohonan melibatkan serangan beruk dan babi hutan, manakala pada tahun 2019 pula, dua kes melibatkan serangan babi hutan dan beruang matahari."

Beliau berkata, sebaik sahaja selesai menziarahi mangsa di rumahnya setelah mendapat maklumat daripada laman rasmi facebook Pusat Khidmat Masyarakat yang dimuat naik di Rhu Rendang Sejahtera Official.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Ketua Perhilitan Daerah Kuala Terengganu, Nik Norhafizah Daud, dan Pengerusi MPKK Sungai Kerak, Muhamad Azahar Bin Adam.

Antara kelayakan serta kriteria adalah mangsa atau waris mangsa diserang oleh binatang buas yang telah dikategorikan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Contohnya adalah seperti gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa, spesis primat (beruk, kera siamang, ungka, lotong dan kongkang) serta buaya.

 


Tag: