• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Mangsa Kebakaran Rumah Terima Bantuan Segera

KUALA TERENGGANU, 8 September - Mangsa kebakaran rumah di Kampung Gong Nangka semalam, Zulkifli Daud telah menerima reaksi balas daripada agensi kerajaan.

Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (PKM ADUN) Batu Buruk telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan secara ‘one off’ serta membaik pulih kerosakan yang dialami rumah-rumah berdekatan.

Manakala, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Khairunnisa masing-masing telah menyampaikan bantuan keperluan kepada mangsa.

Sementara itu, pihak JKM dan Tabung Darul Iman (TDI) akan membantu untuk membuat permohonan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) buat mangsa dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak PKM ADUN Batu Buruk.

Tragedi kebakaran yang berlaku sekitar pukul 7.00 malam semalam telah memusnahkan keseluruhan rumah mangsa dan mengakibatkan kerosakan pada rumah-rumah di sekitarnya.

 


Tag: