• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Mangsa Langgar Lari Sebak Terima Katil Wakaf

DUNGUN, 23 Januari - Seorang mangsa langgar lari, Ramlah Omar, 57, sebak apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun hari ini hadir membawa katil untuk kegunaannya.

Ramlah yang dijaga suaminya, Mohamad Osman, 65, kini hanya mampu terlantar selepas tragedi tersebut yang menyebabkan tulang pinggangnya patah.

Dia lerlu memakai penyanga besi keliling pinggang hingga pergelangan kaki sekali gus menyebabkan pergerakannya terbatas. 

Menceritakan tragedi malang yang berlaku akhir November tahun lalu, katanya ketika itu dia menunggang motosikal sendirian.

"Masa tu dalam pukul 11 pagi, saya menunggang motosikal hendak masuk simpang menghala ke Jalan Nibong Bawah, tiba-tiba saya dilanggar daripada belakang lalu jatuh dan tak tahu siapa yang langgar, " katanya.

Ujar Ramlah ketika ditemui pemberita semasa Alias dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rantau Abang serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menghantar katil (wakaf) ke rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Gong Pasir di sini, kelmarin. 

Sementara itu, Mohamad  meluahkan rasa lega, dengan ada katil itu memudahkan isterinya untuk menjalani kehidupan seharian yang sangat terbatas. 

"Ada katil ni, bolehlah makan dan minum dengan selesa, sebab sebelum ini, dia makan dan minum secara baring, memang kesianlah tengok dia," katanya lagi.


Tag: