• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Maruku Gelang Emas Dapat Sambutan

Oleh: Fatimah
Foto : Abdul Aziz, Mohd Hanafi

MARANG, 27 Februari- Kelainan dalam penyediaan maruku jenama 'Gelang Emas' dengan menambah makanan sunnah, habbatussauda telah menjadikannya mendapat sambutan ramai. 

Pengusahanya, Nor Kartini Mohd Lahir, 48, berkata, makanan ringan yang berasal dari India Selatan itu telah diubah suai mengikut citarasa orang Melayu. 

Malah, katanya lagi kaum Tionghua juga turut menggemari dengan memborongnya ketika perayaan Tahun Baru Cina. 

"Saya juga turut menjual maruku ' Gelang Emas by Tini Lela' ini di laman aplikasi perniagaan Shopee," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Medan Jaya, Rusila  oleh Crew TV Marang dalam  rancangan Terjah Ekonomi Rakyat. 

Menyingkap kembali pengalamannya selama 25 tahun menceburi perniagaan makanan ringan tersebut Nor Kartini berkata, bermacam-macam ramuan yang telah dicuba untuk menjadikan maruku buatannya enak dimakan tetapi berhasil.

"Tetapi saya tidak pernah jemu mencuba, Alhamdulillah selepas berkali-kali mengolah resepi akhirnya menjadi sehingga sekarang," ujarnya.

Menurutnya, kalau dahulu dia hanya menjual maruku dalam bulan Ramadan di pasar malam tetapi sekarang sepanjang masa. 

"Maruku ini mempunyai empat pembungkusan seberat 500 gram dan 250 gram yang dijual di talian 01121910585 dan 0176968715," katanya yang memasang cita-cita untuk mengembangkan perniagaannya dengan memiliki sebuah kedai dalam masa yang sama menyediakan peluang pekerjaan kepada orang kampung. 

 

 

 

 


Tag: