• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Masalah Pengairan Sawah Padi Akan Dirujuk Kepada JPS


Oleh: Dzakaria Mohd Salleh

SETIU, 15 Januari - Rungutan pesawah yang sudah hampir dua tahun tidak dapat  mengusahakan penanaman padi di Kampung Gong Setar di sini, ekoran masalah pengairan akan diatasi segera.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, antara punca utama keadaan itu berlaku disebabkan oleh pasir dan air sungai berdekatan yang masuk ke sawah.

Katanya, perkara tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Setiu.


"Kita pandang serius apa yang berlaku ini kerana ianya menjejaskan penanaman padi yang diusahakan oleh pesawah.

“Insya-Allah, perkara ini akan dimaklumkan kepada JPS supaya dapat membaiki aliran sungai ini,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau kawasan sawah berkenaan, semalam.

Shaharizukirnain berkata, keadaan aliran sungai yang tersekat akibat daripada kawasan tadahan air yang pecah juga menyebabkan hakisan berlaku.

"Aliran air terpaksa lalu ikut tanah kosong di sebelah sungai yang menyebabkan berlaku hakisan dan apabila hujan lebat aliran air ini akan masuk ke kawasan penanaman padi,” ujarnya.


Tag: