• 01 Dis 2021 | 25 Rabiul Akhir 1443

Masyarakat Tionghua Diraikan Mengikut SOP

KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed memaklumkan, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini akan tetap berlangsung, namun dalam suasana sederhana berpandukan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Keselamatan Malaysia (KKM). 

"Oleh kerana kawasan Kuala Terengganu menjadi lokasi tumpuan masyarakat Tionghua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dipilih sebagai tuan rumah kepada sambutan ini bagi peringkat Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita bertuah, dengan kepelbagaian bangsa yang wujud menjadikan negara ini sebuah negara yang unik," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina 2021, Isnin lalu.

Ahmad Shah yang juga Timbalan Pengerusi Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar berharap agar suasana harmoni saling bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain dapat dikekalkan agar keamanan terus terjaga.

Turut hadir dalam program sambutan di Kampung Tiong tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah, dan ADUN Ladang, Tengku Hasan Tengku Omar. 


Tag: